Tempat kerja kekal penyumbang kluster terbanyak - Utusan Malaysia

Tempat kerja kekal penyumbang kluster terbanyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus merekodkan pertambahan enam daripada sembilan kluster Covid-19, hari ini, diikuti dua komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan empat di Johor manakala Pulau Pinang dan Perak, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti pula, satu di Kelantan dan satu di Negeri Sembilan manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Perak.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 676 kluster manakala 4,996 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 6,145 kes berbanding semalam, 7,509 kes sekali gus terus diatasi 9,231 kes sembuh manakala 682 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 350 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 6,145 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 142 kes (2.3 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya 6,003 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 88 kes berbanding kelmarin, 89 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my.

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,858 kes.

Sebanyak 26 daripada 88 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,635 kes.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.