Tahniah Yadim catat rekod anjur tazkirah 24 jam tanpa henti - PM - Utusan Malaysia

Tahniah Yadim catat rekod anjur tazkirah 24 jam tanpa henti – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kerana berjaya mencatatkan rekod mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) melalui penganjuran program tazkirah 24 jam yang diiktiraf sebagai ‘Longest Non Stop Live Broadcasting Islamic Talk’.

Perdana Menteri berkata, program berkenaan bermula pukul 9 malam, 18 Oktober hingga 10 malam semalam sebagai tanda kecintaan kepada pemimpin teragung, Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul.

“Tahniah Yadim dan kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk mencetuskan gelombang dakwah di negara ini.

“Semoga usaha ini diharap dapat memberi inspirasi kepada pelbagai pihak yang sama-sama mahu melestari gerakan dakwah di Malaysia,” katanya menerusi Facebok beliau, hari ini.

Terdahulu, Yadim dalam satu kenyataan memaklumkan, dengan hasrat melestarikan gerakan dakwah, program tersebut melibatkan seramai 24 penceramah dari dalam dan luar negara selama 24 jam tanpa henti dan secara lengkap ‘membedah’ buku Sirah Nabawiyah terbitan Yadim yang diterjemah daripada kitab terkenal iaitu Al-Raheeq Al-Makhtum karangan Syeikh Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri.

Katanya, kitab tersebut dipilih kerana ia adalah salah satu daripada sumber rujukan kontemporari terbaik dalam mengisahkan perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad SAW secara lengkap.

“Dengan jumlah tontonan secara langsung melebihi 500 orang bagi setiap masa, program ini mengumpulkan sejumlah 44,893 peserta dan penonton yang mengikutinya secara fizikal dan maya di penghujung catatan masa.

“Lebih membanggakan ketika mengumumkan kejayaan mencatatkan rekod tersebut, Eksekutif Akaun Malaysia Book Of Records, Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi turut mengumumkan bahawa Yadim sebenarnya berjaya mencatatkan rekod program selama 25 jam tanpa henti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya