Tahniah Intan, Harris - Utusan Malaysia

Tahniah Intan, Harris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebelum ini sudah ramai yang mengagak dan meneka. Apatah lagi, banyak gambar dan video yang dimuat naik pelakon, Intan Ladyana seolah-olah cuba menutup bahagian perut. Jadi, berduyunlah yang mengucapkan tahniah.

Malah, suaminya, Harris Alif juga sebelum ini ada berkongsi video ucapan dan doa daripada pakar motivasi, Ebit Lew yang secara tidak sengaja bercakap tentang kehamilan dan kesihatan.

Cuma jawapan Harris ketika itu, Ebit hanya mendoakan yang baik-baik. Soal kehamilan, itu semua di tangan Tuhan. Tetapi baru-baru ini, Intan ada berkongsi video yang jelas menunjukkan perutnya.

Maka, selain ucapan tahniah di atas pengumuman kolaborasi perniagaannya, ada juga peminat yang mendoakan agar Intan dan kandungan sentiasa sihat. Tetapi, Poklip tak berani hendak kata ya lagi kan.

Intan dan Harris, dua-dua masih mendiamkan diri. Mungkin mereka tidak mahu terlalu awal mencanang cerita. Bukan apa, takut sahaja ada yang bermulut jahat. Zaman sekarang, tak semua berhati mulia tau.

Bukan Intan sahaja yang berhati-hati, ramai lagi selebriti yang agak berahsia bila melibatkan perkara sebegini. Mereka lebih senang jika netizen berteka-teki dan berbincang sesama sendiri.

Neelofa misalnya, sehingga kini masih mengunci mulut adakah benar dia sedang berbadan dua. Sepuluh kali tanya soalan sama, jawapannya kekal. Tak berubah. Dia memang tidak akan memberikan kata putus.

Apa pun, Poklip doakan agar semua urusan mereka dipermudahkan. Kalau benar hamil, Alhamdulillah. Poklip ucap awal-awallah, tahniah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya