Syafiq Yusof tangguh hasrat terbit filem baharu - Utusan Malaysia

Syafiq Yusof tangguh hasrat terbit filem baharu

SYAFIQ mengakui pandemik mempengaruhi keputusan untuk menangguhkan hasrat menghasilkan filem baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah muda, Syafiq Yusof merancang menangguhkan dahulu hasrat untuk menghasilkan filem baharu.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan keadaan industri perfileman yang masih terkesan dengan penularan Covid-19.

“Pandemik memberi impak bukan sahaja kepada pengarah, tetapi seluruh warga kerja industri perfileman. Kita berkurung dalam tempoh yang lama sehingga ramai penggiat kru perfileman yang kehilangan kerja.

“Sekarang, penggambaran sudah boleh dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP). Begitu juga panggung wayang yang dibuka dengan jumlah kemasukan penonton yang terhad.

“Ini satu petanda yang baik. Tetapi kita belum kembali normal lagi. Jadi, buat masa ini saya tangguhkan dahulu hasrat untuk menghasilkan filem baharu bagi tontonan di panggung wayang,” katanya.

Syafiq berkata demikian ketika menyertai sesi bersama wartawan bagi memperkenal filem Penunggang Agama 2 yang dilaksanakan secara digital.

Turut hadir adalah pelakon, Zul Ariffin.

Dalam pada itu, Syafiq memaklumkan bahawa dua filem arahannya, Abang Long Fadil 3 dan Polis Evo 3 yang telah pun siap sepenuhnya.

Namun, kata Syafiq, penayangan filem-filem tersebut terpaksa ditunda ekoran keadaan semasa yang masih tidak menentu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya