Sultan Sharafuddin ucap takziah atas pemergian balu Bendahara Selangor - Utusan Malaysia

Sultan Sharafuddin ucap takziah atas pemergian balu Bendahara Selangor

SULTAN Sharafuddin Idris Shah mencemar duli berangkat ke majlis pemakaman Almarhumah Tengku Thuraya Almarhum Sultan Ibrahim di Makam Diraja, Klang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan ucapan takziah kepada waris keluarga Bendahara Selangor, Tengku Azman Shah Alhaj Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj atas pemergian Almarhumah Tengku Thuraya Almarhum Sultan Ibrahim semalam.

Baginda sebelum itu berkenan berangkat ke majlis pemakaman yang berlangsung di Makam Diraja, Klang, di sini pada jam 9 pagi tadi. 

“Sultan Selangor berkenan menzahirkan perutusan takziah buat waris keluarga khususnya anakanda Almarhumah, Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj,” katanya.

Turut sama berangkat ke majlis pemakaman itu adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Almarhumah Tengku Thuraya merupakan balu kepada Tengku Azman yang dilaporkan mangkat pada usia 93 tahun. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya