Jasad lelaki dibaham buaya ketika memancing dijumpai

Jasad lelaki dibaham buaya ketika memancing dijumpai

ANGGOTA SAR mengangkat mayat mangsa yang dijumpai kira-kira pukul 2.28 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMBANG: Lelaki yang dibaham buaya ketika memancing di sungai Kampung Pandam di sini, semalam dijumpai kira-kira pukul 2.28 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata jasad mangsa berusia 58 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba.

“Jasad mangsa ditemu dalam keadaan sempurna dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya kira-kira pukul 3.13 petang semalam, ketika sedang memancing di sungai berkenaan.

Menurut saksi, setibanya di lokasi kejadian, hanya barang-barang serta peralatan yang digunakan oleh mangsa sahaja yang dijumpai.

Susulan laporan yang diterima, operasi SAR segera digerakkan dan ketika pencarian sedang dijalankan di hilir sungai, kelihatan seekor buaya timbul seketika dan terdapat jasad manusia berada di mulut buaya tersebut.

Bagaimanapun, operasi sukar dilakukan disebabkan faktor keselamatan serta cuaca semakin gelap sebelum ia ditangguhkan pada pukul 6.17 petang.

Operasi SAR yang bersambung hari ini dimulakan pada pukul 9 pagi dengan kaedah pencarian di permukaan air dalam radius satu hingga dua kilometer di hilir dan hulu sungai melibatkan pasukan bomba, polis, pasukan bomba sukarela Kampung Seberang Kedai, penduduk kampung, Pasukan Pengawal Pantai Sarawak, Lembaga Sungai Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×