Mayat lelaki dibaham buaya dijumpai

Mayat lelaki dibaham buaya dijumpai

ANGGOTA SAR mengangkat mayat mangsa yang dijumpai dalam radius 300 meter dari lokasinya dibaham buaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Lelaki yang hilang selepas dibaham buaya ketika memancing di tebing Sungai Maong, berhampiran Jalan Matang – Kampung Paroh di sini malam tadi ditemukan terapung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa berusia 32 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Mangsa dijumpai oleh pasukan SAR dalam radius 300 meter dari lokasinya dibaham buaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat mangsa seterusnya dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas dibaham buaya ketika sedang memancing bersama bapa mentuanya kira-kira pukul 10 malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini