Sukar untuk wajibkan pengambilan vaksin - Utusan Malaysia

Sukar untuk wajibkan pengambilan vaksin

TIMOTHY WILLIAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tindakan kerajaan mengenakan sekatan dan larangan tertentu kepada individu belum divaksin disifatkan sebagai cara ‘halus’ untuk memaksa mereka mengambil vaksin Covid-19.

Langkah sebegitu secara tidak langsung akan membuatkan individu belum divaksin berasa terdesak untuk mengambil vaksin kerana larangan-larangan yang meletakkan diri mereka dalam keadaan yang sukar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Gleneagles, Dr. Timothy William berkata, cadangan kerajaan ingin mewajibkan pengambilan suntikan vaksin di negara ini mungkin sukar untuk dilakukan.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh memaksa seseorang individu menerima vaksin biarpun pengambilan vaksin dapat menyelamatkan nyawa manusia.

“Kita tidak boleh memaksa orang menerima suntikan vaksin.

“Namun, kerajaan berhak mengenakan sekatan atau larangan tertentu terhadap individu yang belum divaksin.

“Tindakan melarang individu belum divaksin memasuki premis awam dan swasta serta larangan menggunakan pengangkutan awam akan membuatkan mereka terpaksa mengalah dan akhirnya bersetuju menerima vaksin,” katanya.

Justeru itu, beliau menggalakkan semua individu mengambil suntikan vaksin Covid-19 demi kebaikan dan keselamatan diri sendiri.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kerajaan belum memutuskan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19.

Katanya, cadangan tersebut masih di peringkat kajian sebelum diputuskan Kabinet sama ada terdapat keperluan untuk mewajibkan vaksin berkenaan atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini memberi amaran untuk ‘menyusahkan’ kehidupan golongan antivaksin jika mereka terus menolak pengambilan vaksin.

Khairy berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya