Selangor laksana sistem strata pintar - Utusan Malaysia

Selangor laksana sistem strata pintar

RODZIAH Ismail (kanan) diberi taklimat mengenai Sistem Hartanah Berstrata Pintar (SISP) Selangor oleh Lin Ken-Ji (tiga dari kanan) dalam Majlis Pelancaran SISP hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melaksanakan Sistem Hartanah Berstrata Pintar Selangor (SISP) melibatkan 6,000 bangunan di 12 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menguruskan sistem strata dengan lebih cekap dan efektif.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail berkata, sistem dalam talian dikenali ODESI direka untuk PBT bagi membantu mengurus, memantau dan memberi penilaian skim perumahan.

Katanya, sistem itu bertindak sebagai sistem berpusat yang menyimpan semua data berkaitan kawasan pembangunan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).

“Selain menggalakkan khidmat layan diri, pelaksanaannya akan mengekalkan dan mengemas kini semua kawasan pembangunan berstrata secara berstruktur serta sistematik. 

“Sistem itu turut membantu JMB dan MC mencari maklumat manakala PBT boleh menghantar notis menerusi ODESI,” katanya selepas melancarkan SISP itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Datuk Dr. Juhari Ahmad dan Timbalan Pengarah Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Norliza Yusoff.

Pada majlis itu, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) turut dimeterai antara Juhari dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ODESI ECOB Sdn. Bhd, Loh Ken-Ji.

Jelas Rodziah, pembangunan sistem itu turut mengambil kira peranan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan LPHS memantau prestasi sesebuah badan pengurusan.

“Menerusi sistem itu, JMB atau MC hanya perlu mengisi maklumat perbelanjaan dan pendapatan kewangan pangsapuri di dalam perisian yang ditetapkan bagi setiap urusan dijalankan. 

“Malah, ia membantu kerajaan negeri mengenal pasti masalah dihadapi dan bantuan yang lebih sesuai kepada mereka kelak,” ujarnya.

Tambah beliau, memorandum penggunaan sistem itu dipersetujui selama setahun dan akan disambung bergantung kepada keberkesanannya kelak.- UTUSAN ONLINE

 

HABIS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.