Saifuddin garis enam inisiatif dicapai dalam tempoh 30 hari di Wisma Putra

Saifuddin garis enam inisiatif dicapai dalam tempoh 30 hari di Wisma Putra

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah enam inisiatif besar berjaya dilaksanakan dalam tempoh 30 hari pertama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkhidmat memimpin Wisma Putra.

Menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini, beliau turut menyifatkan segala inisiatif tersebut membuktikan kejayaan misi Kabinet berorientasikan hasil dalam tempoh 100 hari pertama.

“Antaranya penyiapan draf kerangka Dasar Luar yang beri tumpuan kepada isu dan cabaran semasa di peringkat antarabangsa serta bakal dimuktamad dalam masa terdekat,” katanya.

Inisiatif pertama itu ujarnya, selaras usaha beliau melestari visi Keluarga Malaysia, Keluarga Dunia dalam menjayakan misi dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, manakala inisiatif kedua, pengukuhan hubungan dua hala dan pelbagai hala melalui siri dialog dengan beberapa negara termasuk kuasa dunia, jiran serantau dan negara sahabat yang lain.

Ia tambah beliau, turut meliputi banyak organisasi antarabangsa antaranya ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Komanwel dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Seterusnya kata Saifuddin, menterjemahkan visi Perdana Menteri ketika berucap di PBB bulan lalu dengan tema Keluarga Dunia yang menyeru masyarakat dunia bagi merapatkan jurang.

“Warga sejagat seharusnya dapat bekerjasama dengan lebih erat dalam tempoh getir fasa pandemik Covid-19 seumpama hidup dalam sebuah keluarga yang amat besar,” jelas beliau.

Pengukuhan ini membawa kepada inisiatif keempat dalam Diplomasi Kesihatan menerusi sumbangan peralatan perubatan antara pelbagai negara bagi memerangi wabak maut itu.

Beliau memberi contoh usaha Malaysia menyumbang kepada Indonesia serta menghargai vaksin Covid-19 dari beberapa negara dengan terbaharu, tambahan sejuta dos dari China.

Wisma Putra ujar beliau, juga meningkatkan konsultasi polisi luar melalui Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri yang baharu dibentuk dan dianggotai 17 ahli dari pelbagai latar belakang dan telah pun dua kali bermesyuarat dan Kementerian Luar turut mendapat kelulusan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa di Parlimen.

Sementara inisiatif terakhir menerusi pelantikan Penasihat Khas Hal Ehwal Afghanistan untuk memastikan Malaysia akan terus memberi perhatian bantuan kemanusiaan di negara tersebut sekali gus dapat menjamin keamanan dan kestabilan rantau Asia Barat terutama kebajikan rakyat Afghanistan serta diadakan persidangan bagi membincangkan hala tuju perdamaian berkekalan.

Kementerian itu tegas Saifuddin, akan terus memperkasakan hubungan diplomasi dan usaha kerjasama komuniti antarabangsa sekali gus merancakkan kembali ekonomi pascapandemik.

“Kami di Wisma Putra akan meneruskan pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk pencalonan Malaysia menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi tempoh 2022 hingga 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya