Sahut saranan kerajaan ambil vaksin - Sultan Terengganu - Utusan Malaysia

Sahut saranan kerajaan ambil vaksin – Sultan Terengganu

SULTAN Mizan Zainal Abidin ketika bertitah merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu yang diadakan secara dalam talian malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru rakyat menyahut saranan kerajaan dalam melengkapkan pengambilan vaksin menerusi program  Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sultan Mizan bertitah, pengambilan vaksin adalah ikhtiar untuk mencegah penyebaran penyakit di samping menghalang kemudaratan yang lebih besar.

Tegas baginda, Nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan Ibnu Majah mengingatkan seluruh umat agar menjauhi sebarang bentuk kemudaratan atau memudaratkan orang lain.

“Tidak boleh menjerumuskan diri kepada mudarat dan tidak boleh memudaratkan orang lain.

“Beta dan Sultanah Nur Zahirah mendoakan serta memohon ke hadrat Allah SWT agar negara kita kembali pulih daripada pandemik Covid-19 dan seluruh rakyat jelata dapat menjalani kehidupan seperti sediakala,” titah baginda ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan secara dalam talian, malam tadi.

Sultan Mizan bertitah, impak pandemik Covid-19 menyebabkan kalangan rakyat kehilangan insan tersayang hingga anak-anak menjadi yatim piatu di samping isu ketiadaan pekerjaan, kekurangan pendapatan, malah ada segelintir yang memerlukan bantuan dan pelbagai lagi perkara yang perlu ditangani.

Justeru, baginda mengingatkan umat Islam agar mengambil berat kebajikan jiran tetangga yang memerlukan bantuan dan sokongan sepanjang berdepan suasana pandemik serba mencabar ini.

Titah baginda lagi, rakyat juga perlu terus menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua.

Dalam pada itu, Sultan Mizan menyeru semua masjid dan surau di negeri ini mengalunkan selawat setiap kali selepas selesai menunaikan solat Isyak, sepanjang bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. 

“Walaupun dalam ruang waktu dan suasana yang terbatas, ia tidak sesekali menghalang kita daripada mengingati baginda dengan memperbanyakkan selawat,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.