Rogol bukan isu jenaka lucah - Utusan Malaysia

Rogol bukan isu jenaka lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kami mahu pelakon lelaki dan pengacara rancangan serta penerbit membuat pernyataan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia”.

Demikian tegas Ketua Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim mengenai penularan video kontroversi seorang pelakon lelaki dalam satu rancangan hiburan tempatan di media sosial yang membicarakan isu rogol sebagai isu jenaka bersifat lucah.

Menurut beliau, perkara tersebut melibatkan maruah keluarga dan wanita yang dijadikan bahan jenaka lucah itu menjadi seorang isteri serta ibu.

“Pejuanita Malaysia amat kesal dan membantah keras penularan video kontroversi seorang pelakon lelaki di dalam satu rancangan hiburan tempatan di media sosial yang membicarakan isu rogol sebagai isu jenaka bersifat lucah.

“Kesungguhan lelaki-lelaki yang berada di dalam rancangan itu untuk menjelaskan dengan lebih terperinci aksi rogol ke atas aktres wanita amat memalukan dan memualkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, orang ramai tidak dapat bertoleransi akan jenaka lucah melibatkan jenaka rogol, cabul atau jenaka lelaki mengenai susuk tubuh wanita yang dikatakan dapat menaikkan nafsu mereka atau sebaliknya (body shaming) yang semuanya membawa kepada bentuk-bentuk gangguan seksual.

Beliau menambah, perkara itu menggores emosi dan mencacatkan imej rakyat Malaysia keseluruhannya yang hidup di dalam sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Perlakuan dan perbualan itu sangat mengaibkan dan bersifat lucah sekali gus merendahkan martabat pelakon lelaki dan pengacara rancangan yang berbicara akan isu tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya