Remaja dikhuatiri lemas bot langgar tunggul kayu - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas bot langgar tunggul kayu

OPERASI mencari seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh bot yang terlanggar tunggul kayu di Sungai Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah terjatuh di Sungai Benut berhampiran  belakang Pasar Awam Benut, di sini pagi ini.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.59 pagi sebelum menghantar tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik sahaja Pasukan Keluaran Operasi  (PKO) tiba di lokasi, mangsa belum ditemukan dan operasi mencari diteruskan sehingga kini.

“Berdasarkan makluman awal, mangsa dikenali sebagai Mohd. Akmal Jamaluddin yang berusia 17 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa bersama bapanya turun mencari udang di sungai berkenaan dan ketika dalam perjalanan pulang, bot yang dikemudi terlanggar tunggul kayu.

Akibat insiden itu, remaja terbabit terjatuh sebelum hilang.

Sementara itu, penduduk dan komuniti nelayan berdekatan turut membantu pasukan bomba melakukan gerakan mencari di sekitar lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN