Pukul kanak-kanak autisme: Lima dipanggil bantu siasatan

Pukul kanak-kanak autisme: Lima dipanggil bantu siasatan

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memanggil lima saksi kejadian pukul seorang kanak-kanak autisme oleh wanita warga Singapura yang juga pengurus sebuah pusat intervensi kanak-kanak di daerah ini, untuk dirakam keterangan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya setakat ini mengambil keterangan dua saksi berhubung kejadian itu.

“Hari ini tiga saksi dipanggil untuk dirakam keterangan.

“Kes ini masih lagi dalam siasatan dan (kertas siasatan) akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini ini.

Semalam, media melaporkan polis menahan wanita warga Singapura yang juga pengurus di sebuah pusat intervensi kanak-kanak selepas dipercayai memukul kanak-kanak autisme.

Mohamad Farouk dilaporkan berkata, wanita berusia 51 tahun itu ditahan kelmarin selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat bapa mangsa, Jumaat lalu.

Terdahulu, bapa mangsa memuat naik gambar dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Facebook mendakwa anaknya dipukul di pusat intervensi terbabit.

Hantaran yang dibuat itu kemudian tular dan netizen meminta tindakan tegas diambil ke atas pemilik pusat intervensi berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya