Produk biskut tempatan di bawah paras ditetapkan EU - Utusan Malaysia

Produk biskut tempatan di bawah paras ditetapkan EU

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan pemantauan bagi produk biskut di pasaran tempatan mendapati tahap purata acrylamide di bawah paras yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan dijalankan pihak kementerian melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sejak 2015.

“Bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu 350 µg/kg.

“Acrylamide adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan.

“Namun bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian,” jelasnya menerusi kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.

Katanya, pengguna boleh mendapatkan panduan pencemaran acrylamide di dalam makanan dari Facebook rasmi BKKM dan Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Pengguna juga boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan makanan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini isu pencemaran acrylamide dan glycidol susulan laporan oleh CHOICE Magazine di dalam laman web Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Council) berkaitan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut, yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol. 

Antara jenama yang disenaraikan termasuk jenama biskut popular yang dikilangkan di Malaysia.

Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrylamide dan glicidol merupakan bahan karsinogen dan boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya