Malaysia-Jepun teroka kerjasama AI, mineral kritikal

Malaysia-Jepun teroka kerjasama AI, mineral kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Jepun meneroka peluang memperluaskan kerjasama dalam sektor berteknologi tinggi termasuk kecerdasan buatan (AI), pembangunan mineral kritikal serta industri automotif yang melibatkan kenderaan tenaga baharu (NEV).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dua halanya dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Ryosei Akazawa sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun.

“Dalam pertemuan tersebut, kami membincangkan usaha mempertingkatkan kerjasama dalam aspek keselamatan tenaga di ASEAN, di samping bertukar pandangan mengenai pembangunan mineral kritikal, AI dan industri automotif khususnya berkaitan NEV,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Johari berkata, Jepun kekal sebagai antara rakan ekonomi terpenting Malaysia dengan hubungan kerjasama yang telah lama terjalin terus memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara.

Katanya, pelaburan, pemindahan teknologi dan kerjasama industri antara kedua-dua negara bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, malah membantu meningkatkan keupayaan ekonomi Malaysia dalam pelbagai sektor strategik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN