PRN Melaka: Najib tangguh ke Singapura - Utusan Malaysia

PRN Melaka: Najib tangguh ke Singapura

najib
NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Demi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup menangguhkankan perjalanannya ke Singapura.

Niat untuk menemani anak perempuannya, Nooryana Najwa yang bakal bersalin awal November ini ditangguhkan kerana perlu ‘menggantikan’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bakal menjalani rawatan untuk sakit leher dan belakang di Jerman bermula 26 Oktober ini hingga 6 Disember.

“Saya telah diamanahkan untuk memastikan UMNO bertindak dengan teratur dan sewajarnya pada kempen berkenaan sewaktu ketiadaan Ahmad Zahid,” kata Najib dalam notis usul dan afidavit sokongan yang difailkan semalam.

Sehubungan itu, bekas Presiden UMNO itu memohon agar mahkamah meminda tarikh bagi menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah daripada 22 November kepada 6 Disember ini.

Pasport tersebut telah berada dalam simpanan Najib sejak 20 Oktober lalu bagi tujuan pembaharuan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul memberitahu mahkamah, beliau perlu mendapatkan arahan lanjut daripada Peguam Negara berhubung pindaan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohamed Zaini Mazlan kemudian menangguhkan pendengaran permohonan pindaan itu kepada 26 Oktober ini.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsa beliau bagi melawat anak perempuannya yng kini menetap di Singapura yang bakal bersalin anak kedua.

Panel terbabit membenarkan pasport itu dikembalikan kepada Najib pada 20 Oktober dan perlu diserahkan semula kepada mahkamah pada 22 November ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya