PRN Melaka: Amanah yakin menang semua 9 DUN ditandingi - Utusan Malaysia

PRN Melaka: Amanah yakin menang semua 9 DUN ditandingi

ASMUNI AWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Amanah yakin menang semua sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 2O November ini.

Pengarah Pilihan Raya Amanah, Datuk Asmuni Awi berkata, ini berdasarkan reaksi dan sambutan positif pengundi hasil beberapa tinjauan yang dilakukan jentera parti itu.

Menurutnya, PH yang menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 20 kerusi, berpeluang cerah untuk menang PRN Melaka dan telah bergerak mendekati pengundi dengan cara yang dibenarkan undang-undang tanpa melanggar prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya.

“Sudah tentu Amanah nak menang semuanya (kerusi ditandingi), saya pesan kepada semua petugas di DUN yang kita tandingi, kita mesti memang sekurang-kurangnya sembilan kerusi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengenai sembilan kerusi yang diperoleh Amanah, Asmuni berkata, jumlah kerusi ditandingi tidak penting sebaliknya lebih utama ialah jumlah kerusi yang boleh dimenangi.

“Bukan saya kata jumlah kerusi yang ditandingi tidak penting, tapi no point kalau bertanding banyak sampai 15 kerusi tetapi akhirnya hanya menang lima kerusi,” katanya.

Menurutnya, Amanah sudah mengenal pasti semua sembilan kerusi yang akan ditandingi termasuk DUN Bukit Katil dan DUN Durian Tunggal yang dimenangi parti itu dalam PRU-14.

Beliau berkata, calon bertanding juga sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh diumumkan lagi.

“Sudah ada senarai pendek calon tapi kita tak boleh umum, sebab kita belum buat keputusan. Kita akan umumkan sehari dua lagi,” katanya.

Menurut Asmawi, berdasarkan kaji selidik di lapangan, secara keseluruhan,  PH berpeluang cerah untuk menang PRN Melaka.

“Begitupun kita tak boleh over confident, tidak pandang rendah parti lawan, kita sentiasa menghormati lawan, kekuatan mereka walaupun ada perpecahan dalam kalangan mereka, tapi kita mesti hormati kekuatan mereka disebalik perpecahan yang berlaku,” katanya.

Semalam, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan kerusi yang bakal ditandingi parti masing-masing pada PRN Melaka.

Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah kerusi tersebut terdiri daripada DAP 8, Amanah 9 dan PKR 11.

Secara keseluruhan PRN DUN Melaka  mempunyai 28 kerusi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya