Pindaan RUU berkaitan MA63 dibentang dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Pindaan RUU berkaitan MA63 dibentang dalam masa terdekat

MAXIMUS ONGKILI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembentangan berkaitan pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status rakan sekutu Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta takrifan semula ‘Persekutuan’ akan dibentangkan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, pembentangan rang undang-undang (RUU) itu akan diteruskan setelah persetujuan dicapai dalam mesyuarat Kabinet Persekutuan hari ini.

Beliau berkata, persetujuan dicapai selepas taklimat oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun kepada menteri-menteri Kabinet mengenai keputusan Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) untuk membentangkan RUU berkaitan pindaan tersebut.

“Semasa taklimat itu, Peguam Negara menjawab segala pertanyaan undang-undang mengenai pindaan yang dicadangkan, terutamanya berkenaan Perkara 160(2),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan membentangkan bacaan pertama RUU Perlembagaan Persekutuan dalam masa terdekat.

Untuk bacaan kedua untuk perbahasan dan pengundian pula akan dilakukan selepas perbahasan Belanjawan 2022 selesai.

Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, resolusi penting dan bersejarah adalah pindaan Perkara 1(2) dan 160(2) berkaitan status sama rata Sabah, Sarawak dengan Semenanjung serta takrifan semula makna ‘Persekutuan’ dan memasukkan istilah Hari Malaysia dalam RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan MA63.

Sebelum ini, Wan Junaidi berkata, pembentangan RUU yang dijadualkan paa 26 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan susulan tiada kata sepakat mengenai cadangan pindaan terhadap beberapa perkara berkaitan Perlembagaan Persekutuan semasa sesi perbincangan diadakan.

Namun, secara prinsipnya Kabinet bersetuju dengan usul RUU bagi meminda Perkara 1(2) dan 160(2) dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya