PGA Sarawak rampas RM47.39 juta, tahan 1,217 orang - Utusan Malaysia

PGA Sarawak rampas RM47.39 juta, tahan 1,217 orang

SAC SAINI BONGKEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan 359 serbuan dan 1,217 tangkapan dengan rampasan barang bernilai RM47.39 juta bagi tempoh 10 bulan tahun ini.

Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner (SAC) Saini Bongkek berkata, seramai 265 warga asing yang terdiri daripada 223 lelaki dan 42 wanita serta 211 warga tempatan terdiri daripada 186 lelaki dan 25 wanita, manakala berjaya ditangkap sepanjang serbuan berkenaan.

Ujarnya, seramai 741 warga asing yang terdiri daripada 613 lelaki dan 128 wanita termasuk kanak-kanak terdiri daripada rakyat Indonesia dan Filipina pula diusir ke luar dari negara.

Pecahan nilai rampasan adalah rokok seludup bernilai RM24.9 juta, kenderaan (RM15.8 juta), dadah (RM1.7 juta), arak dan miniman keras seludup (RM1.7 juta), minyak diesel bernilai (RM653,927), kayu balak (RM87,985), hidupan dan tumbuhan dilindungi (RM267,600), mercun (RM148,772), wang rasuah (RM5,000) dan lain-lain rampasan berjumlah RM2.8 juta.

Menurut Saini, kesemua tangkapan dan rampasan disiasat di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran, (ATIPSOM) 2007, Ordinan Hutan Sarawak 2015, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan.

Beliau berkata, Briged Sarawak PGA akan terus mengukuhkan kawalan keselamatan di sempadan negara, khususnya di sempadan Sarawak–Kalimantan, Indonesia bagi memerangi tiga jenayah utama melalui Op Benteng Covid-19 yang sedang dilaksanakan memfokuskan kepada jenayah pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan dadah serta aktiviti kontraban seperti rokok dan arak.

“Pelbagai strategi dan modus operandi penyeludupan dan penyusupan PATI dikesan oleh pasukan bertugas yang membuktikan kami tidak pernah leka untuk memastikan sempadan negara tidak dibolosi dengan begitu sahaja oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, pelbagai bentuk rondaan dijalankan oleh pegawai dan anggota mengikut kekerapan yang tinggi di kawasan yang dikenali sebagai kawasan panas (hot spot) sejauh 476 kilometer, melibatkan pembahagian kawasan tanggungjawab kepada tiga sektor kawasan panas, merangkumi Bahagian Kuching, Serian dan Sri Aman.

Beliau menambah lain-lain kawasan di sepanjang sempadan Sarawak–Kalimantan tetap diberi perhatian dan pemantauan yang serius dengan mempelbagaikan bentuk penugasan seperti rondaan berjalan kaki, berkereta, sekatan jalan raya, sekat pintas, dan risikan sempadan – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya