BATU PAHAT: Lelaki warga emas yang sebelum ini tular membuat pengakuan memperkosa cucunya disambung reman selama empat hari hingga Jumaat depan bagi melengkapkan siasatan pihak berkuasa.
Perintah sambungan reman itu dibenarkan Majistret, Nurasidah A. Rahman selepas tempoh reman selama enam hari sebelum ini tamat, hari ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, warga emas berusia 67 tahun itu ditahan selepas dipercayai merogol cucunya yang berusia 13 tahun.
Beliau dilaporkan berkata, permohonan sambung reman ini dibuat susulan mangsa dan keluarga yang menetap di Langkawi baharu tiba ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi membantu siasatan.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.-UTUSAN










