PGA rampas minuman keras 'terbiar' bernilai RM475,883 - Utusan Malaysia

PGA rampas minuman keras ‘terbiar’ bernilai RM475,883

Minuman keras tidak bercukai yang dirampas di KKIP Timur di Kota Kinabalu semalam.-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas minuman keras ‘terbiar’ bernilai RM475,883 yang ditinggalkan dalam sebuah lori treler di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Timur di sini semalam.

Rampasan membabitkan 1,890 karton minuman keras itu dilakukan menerusi Op Kontraban yang dilakukan kira-kira pukul 10 malam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, lori treler yang membawa kontena sepanjang 12 meter itu ditinggalkan di KKIP tanpa pemandu.

Selepas pemerhatian selama tiga jam, pasukan Tiger Platun Batalion 16 PGA Sabah bertindak menghampiri lori treler berkenaan bagi memeriksa kontena tersebut.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, terdapat 1,890 karton minuman keras jenama Cool Beer yang dipercayai tidak bercukai ditemukan dalam kontena berkenaan.

“Kesemua minuman keras dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori treler dianggarkan bernilai RM595,833 mengikut harga pasaran semasa.

Jelas beliau, kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.