Pesara polis nikmati pengurangan bayaran dialisis - Utusan Malaysia

Pesara polis nikmati pengurangan bayaran dialisis

ETHE Raj (kanan) dan Timbalan Pengerusi Persatuan Pesara Polis Negeri Sembilan, Mokhtar Omar (kiri) bertukar dokumen selepas menandatangani MoU di antara kedua-dua pihak di Seremban, hari ini sambil diperhatikan oleh Alias.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pesara polis di Negeri Sembilan yang merupakan pesakit buah pinggang berpeluang menerima manfaat pengurangan bayaran bagi perkhidmatan dialisis menerusi tawaran yang disediakan pihak NSCMH Dialysis Care khusus untuk golongan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif NSCMH Dialysis Care, Ethe Raj berkata, pengurangan bayaran perkhidmatan itu adalah bertujuan menghargai jasa bekas petugas barisan hadapan termasuk keluarga mereka.

“Usaha ini adalah untuk masa jangka masa panjang, kami ingin mencari lebih banyak sumber untuk membantu pesara polis yang memerlukan perkhidmatan dialisis. 

“Sebanyak RM2,300 hingga RM3,000 kos yang diperlukan bagi 13 sesi selama sebulan bagi rawatan dialisis dan tidak termasuk kos perubatan lain. 

“NSCMH Dialysis Care kini mempunyai 12 cawangan termasuk di ibu pejabat di Seremban, sehubungan itu, dengan fasiliti seperti ini dan kepakaran yang sedia ada, kami boleh menerima pesara-pesara polis yang memerlukan rawatan dialisis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perjanjian persefahaman (MoU) antara pihaknya dan Persatuan Pesara Polis Negeri Sembilan di Pejabat Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Sembilan (PBPMNS) di sini hari ini. 

Yang hadir sama, Pengerusi Persatuan Pesara Polis Negeri Sembilan, Alias Abdullah.

Ethe menambah, pihaknya akan berusaha dengan bantuan Persatuan Pesara Polis Negeri Sembilan dalam memperoleh dana atau sumber bantuan lain dari sektor korporat bagi memenuhi keperluan dialisis ahli-ahli persatuan berkenaan.

“Pihak pengurusan NSCMH Dialysis Care amat berharap ia akan dapat mendapat sambutan daripada syarikat-syarikat korporat yang lain,” katanya.

Sementara itu, Alias berkata, pihaknya berterima kasih dengan usaha yang dilakukan tersebut bagi membantu mengurangkan kos rawatan dialisis dalam kalangan pesara polis dan ahli keluarga mereka. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya