Penonton bawah 18 tahun tidak dibenarkan hadir, Kugiran Masdo mohon maaf - Utusan Malaysia

Penonton bawah 18 tahun tidak dibenarkan hadir, Kugiran Masdo mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Kugiran Masdo, tampil memohon maaf buat para peminatnya di bawah umur 18 tahun yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan persembahan mereka di Temasya Buka Panggung pada 13 dan 14 November ini.

Menerusi entri Instagram, salah seorang ahli kumpulan itu memaklumkan perkhabaran tersebut yang dikatakan mempunyai sedikit kekeliruan berikutan persembahan tersebut.

Jelasnya, mereka terpaksa akur dengan syarat dari pihak lokasi tersebut yang hanya membenarkan penonton berumur 18 ke atas dan sudah lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan untuk hadir.

“Ada berlaku sedikit kekeliruan, jadi dengan itu kami ingin bertanggungjawab.

“Syarat dari pihak lokasi, hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan untuk hadir,” kongsinya di Instagram.

Justeru itu, pihaknya juga memberitahu kepada peminatnya yang berumur 18 ke bawah yang sudah membeli tiket bagi menyaksikan persembahan, diminta menghubungi pihak mereka dengan kadar segera.

“Perhatian, kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan telah membeli tiket ke acara Temasyanya Buka Panggung.

“Kami meminta jasa baik anda untuk menghubungi pihak kami di talian 012-5457216. Maaf atas kesulitan yang berlaku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya