Pengunjung tasik terkejut jumpa al-Quran dibakar - Utusan Malaysia

Pengunjung tasik terkejut jumpa al-Quran dibakar

SENASKAH al-Quran ditemukan terbakar oleh orang ramai ketika berkunjung ke Tasik Taman Sri Impian di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pengunjung yang sedang beriadah di Tasik Taman Sri Impian, di sini terkejut apabila mendapati kitab suci al-Quran sedang terbakar dipercayai melibatkan upacara keagamaan pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi itu, Syarifuddin Kasimin, 41, berkata, dia dan isterinya sedang berjoging melalui kawasan riadah tersebut sebelum ternampak kepulan asap seperti sampah terbakar.

“Ketika itu kami melalui kawasan riadah Tasik Taman Sri Impian untuk berehat, saya ternampak ada kepulan asap seperti sampah terbakar.

“Saya dan isteri menghampiri untuk memeriksa sebelum mendapati objek yang terbakar itu adalah senaskah al-Quran yang disyaki dibakar pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami terkejut dan kesal dengan tindakan yang dilihat seolah-olah mempersendakan agama Islam, kami tidak mahu tuduh siapa yang buat, takut nanti lain pula jadinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syarifuddin yang bertugas sebagai Inspektor Penjara berkata, dia serta beberapa pengunjung lain mengutip cebisan al-Quran itu dan mengumpulkannya dalam satu plastik.

Mereka kemudian membawa cebisan berkenaan ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Jelasnya, penduduk sekitar berharap pihak berkuasa khususnya jabatan agama Islam tampil melakukan siasatan berhubung kejadian itu bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu dengan mengarahkan Pejabat Kadi Daerah mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya sudah hantar laporan ini kepada Pejabat Kadi Daerah untuk diambil tindakan, sehingga kini saya masih menunggu laporan dan akan memaklumkan hasil siasatan dalam masa terdekat,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya