Pemimpin Pas beri reaksi positif - Ab. Rauf - Utusan Malaysia

Pemimpin Pas beri reaksi positif – Ab. Rauf

AB. RAUF Yusoh ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Rata-rata pemimpin Pas memberikan respons positif terhadap keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Beliau berkata, bagaimanapun UMNO menyerahkan kepada parti itu untuk menentukan sama ada mahu menerima atau tidak, tawaran meneruskan kerjasama politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Keputusan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) ini mesti memberi faedah kepada kedua-dua parti.

“Saya berhubung dengan semua pimpinan Pas dan mereka sangat mengalu-alukan keputusan ini.

“Apapun, kita akan menantikan keputusan yang akan dibuat Pas pada Ahad,” katanya dalam sidang akhbar di Villa D’Acqua, Kampung Pulau di sini hari ini.

Terdahulu, MT UMNO membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas pada PRN Melaka, 20 November ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, asas persefahaman dengan Pas berpandukan kepada prinsip, Pas menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November 2020.

Jelasnya, keputusan yang dibuat itu juga adalah selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020, iaitu memperkukuhkan MN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN