Pembukaan semula pasar tani manfaatkan 9,000 usahawan - Utusan Malaysia

Pembukaan semula pasar tani manfaatkan 9,000 usahawan

RONALD Kiandee (dua kiri) menyampaikan bantuan MAFI Prihatin kepada salah seorang penerima di Beluran hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELURAN: Pembukaan semula pasar tani di seluruh negara akan memberi manfaat kepada lebih 9,000 usahawan dan dijangka mampu menjana nilai jualan sehingga RM110 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, dengan beroperasinya pasar tani tersebut, ia akan memberi peluang kepada 2.5 juta pelanggan mendapatkan produk agromakanan yang ditawarkan.

Walau bagaimanapun, setakat ini sebanyak 208 daripada 312 pasar tani di seluruh negara telah mula beroperasi dan selebihnya akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha menaik taraf tapak tamu akan terus dilaksanakan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memperkasakan pemasaran hasil pertanian melalui pembangunan outlet pemasaran kekal.

“Sehingga September, sembilan lokasi pasar tamu telah dinaik taraf termasuk lima lokasi pasar tamu yang masih di peringkat pembinaan termasuk pasar tamu Beluran yang dijangka siap pada Mei 2022 membabitkan peruntukan sejumlah RM746,000 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Pasar tamu Beluran akan memberi manfaat kepada 170 orang peserta sedia ada.

“Sehingga kini, FAMA telah menaik taraf dua buah pasar tamu di Sabah iaitu Pasar tamu Sook, Keningau dan Pasar tamu Kudat manakala, Pasar tamu Kunak masih lagi  dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada Mac 2022,” katanya semasa lawatan kerja ke tapak projek naik taraf Pasar tamu Beluran hari ini.

Ronald, yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, projek menaik taraf pasar tamu adalah sebahagian daripada program pengukuhan rangkaian peruncitan pasar tamu di Sabah dan Sarawak dengan matlamat untuk mentransformasikan pasar tamu tanpa menghilangkan identiti keunikannya.

Pada masa sama, beliau turut menyampaikan sumbangan MAFI Prihatin kepada 500 orang penduduk di Pulau Kaniogan, Pulau Bukit Besi dan Pulau Tetabuan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sejak Januari hingga 10 Oktober, seramai 119,023 penerima mendapat manfaat menerusi program MAFI Prihatin di lebih 550 lokasi seluruh negara dengan nilai bantuan melebihi RM6 juta.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya