LAHAD DATU: Kumpulan pelombong mampu memperoleh kira-kira empat kilogram emas setiap kali aktiviti melombong secara haram dilakukan. Begitulah lumayannya hasil yang diperoleh pelombong yang menceroboh masuk ke kawasan Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua. TOIPI LAMAT Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Asisten Komisioner Toipi Lamat berkata, kegiatan perlombongan emas itu dipercayai sudah berlanjutan sejak tahun 90-an lagi. Ia hasil daripada penemuan ratusan lubang dan terowong…










