Peguam Neelofa, Haris hantar representasi gugur pertuduhan 

Peguam Neelofa, Haris hantar representasi gugur pertuduhan 

NOOR Neelofa dan Muhammad Haris tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban pagi ini. - FOTO/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak pembelaan yang mewakili selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menarik balik pertuduhan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah premis permaidani di Nilai, Mei lalu. 

Peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed memaklumkan perkara itu selepas prosiding pengurusan kes tersebut di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

“Satu salinan representasi telah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara semalam dan kami memohon kepada pihak mereka untuk menggunakan budi bicara bagi menarik balik pertuduhan ke atas anak guam kami.

“Kami merasakan pertuduhan-pertuduhan yang dibawa (oleh anak guam) pada asasnya bukanlah satu kesalahan di bawah kesalahan yang dituduh,” katanya di sini hari ini.

Jelas Wan Aizuddin, pihak pembelaan telah diberi masa satu bulan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, Noor Neelofa, 32, yang memakai jubah putih manakala Muhammad Haris, 26, berpakaian sut lengkap berwarna biru tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada pukul 9 pagi tadi.  

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling dalam prosiding mahkamah memaklumkan bahawa pihak pendakwaan juga telah menerima representasi daripada pihak pembelaan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

“Pihak pendakwaan memerlukan masa satu bulan untuk mengkaji representasi oleh OKS (Orang Kena Siasat),” katanya di sini hari ini.

Majistret, Mohd. Firdaus Saleh kemudian menetapkan 1 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini pada 2 Mei lalu.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya