PBT Hulu Selangor dinaik taraf Majlis Perbandaran

PBT Hulu Selangor dinaik taraf Majlis Perbandaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sabak Bernam menjadi satu-satunya daerah di Selangor yang pihak berkuasa tempatannya (PBT) masih berstatus Majlis Daerah apabila Hulu Selangor hari ini dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

Perubahan status itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudun Shari selepas mendapat perkenan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Menurut beliau, perubahan itu bakal membawa dimensi baharu dalam sistem tadbir urus kerajaan tempatan dan membolehkan potensi pelaburan lebih tinggi bagi melonjakkan sektor pelancongan dan industri di Hulu Selangor.

“Hulu Selangor akan ditadbir sebagai sebuah perbandaran dengan sistem penyampaian yang setara termasuk pembangunan infrastruktur lengkap, mampan dan berdaya tahan.

“Penaiktarafan sebagai perbandaran ini juga akan meningkatkan harapan dan jangkaan pelbagai pihak dan oleh sebab itu semua warga kerja harus menangani cabaran mendatang dan menggembleng usaha bagi memantapkan kualiti perkhidmatan buat rakyat,” katanya ketika berucap sewaktu Majlis Menjunjung Titah Sultan Selangor Bagi Pengisytiharan MPHS yang berlangsung secara dalam talian hari ini.

Turut serta mengikuti majlis tersebut adalah Yang Dipertua MPHS, Mohd. Hasry Nor Mohd; Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Nor Azmi Diron dan Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Sementara itu, Mohd Hasry sewaktu menyampai ucapan alu-aluan berkata, selaras dengan Matlamat Pembangunan Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035, enam inisiatif utama telah digariskan bagi menjadikan kawasan perbandaran itu sebagai sebuah bandar mampan yang berdaya huni dan berdaya tahan.

“Enam inisiatif utama itu merangkumi Pengekalan Sumber Semulajadi Warisan, Persekitaran Komuniti Lestari, Penerapan Konsep Pembangunan Pintar, Sistem Perhubungan Jalan Raya dan Infrastruktur Efisien, Penawaran Pakej Pelaburan Menarik dan Pembangunan Modal Insan Yang Efektif,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Hasry berkata, MDHS sebelum ini juga telah menjadi pelopor dan perintis kepada beberapa inisiatif yang diiktiraf bukan sahaja di peringkat negeri malah juga antarabangsa.

Tambah beliau, pihaknya berharap perubahan status perbandaran itu akan memberi impak positif kepada semua penduduk merangkumi pelbagai segmen seperti kemudahan infrastruktur, peluang ekonomi, pengurusan sumber alam dan pembangunan komuniti.

“Kejayaan MDHS dinaiktaraf sebagai perbandaran ini adalah sebahagian komitmen daripada semua pihak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya