fbpx

25 Oktober 2021, 4:53 am

  TERKINI

Patah jari, Wilder direhatkan enam bulan

Deontay Wilder (kanan) tumbang selepas Tyson Fury melepaskan tumbukan KO pada pusingan ke-11 dalam perebutan tali pinggang kejuaraan heavyweight dunia WBC di T-Mobile Arena, Ahad lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Jaguh Amerika Syarikat, Deontay Wilder bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila terpaksa direhatkan selama enam bulan selepas didapati patah jari tangan kanan ketika tewas dalam perebutan tali pinggang heavyweight dunia WBC, Ahad lalu.

Wilder tumbang kepada Tyson Fury selepas petinju Great Britain itu membuat pukulan knockout (KO) ke atasnya di pusingan ke-11 dalam pertarungan di Arena T-Mobile.

Petinju berusia 36 tahun itu dikejarkan ke hospital sejurus kekalahan tersebut dan pemeriksaan lanjut mendapati jarinya patah, sekali gus terpaksa berehat panjang sebelum dibenarkan bertarung kembali pada pertengahan tahun depan. 

Malah, Suruhanjaya Olahraga Negeri Nevada juga tidak akan membenarkannya turun ke gelanggang sehingga 8 April 2022, kecuali jika jarinya telah pulih sepenuhnya dan memperoleh pengesahan daripada doktor.

“Deontay perlu menjalani pembedahan segera sejurus perlawanan itu. Tulang jari tangan kanannya patah, namun semua proses berjalan dengan lancar dan dia dibenarkan pulang ke rumah, semalam.

“Keadaanya baik ketika ini, kemungkinan dia akan kembali ke gelanggang semula pada pertengahan tahun depan antara April atau Mei,” kata pengurus Wilder, Shelly Finkel.

Sementara itu, jurulatih Wilder, Malik Scott yakin petinju kelahiran Tuscaloosa, Alabama itu masih ghairah untuk bertarung dan menepis untuk bersara.

“Soal bersara tiada dalam kamus Wilder atau dalam perbincangannya ketika ini. Dia akan kembali dan bakal turun berjuang kembali dan merampas semula tali pinggang kejuaraan,” ujar Scott.- AGENSI

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI