Bersatu gantung lima lagi ahli Parlimen

Bersatu gantung lima lagi ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersat) mengantung keahlian lima lagi ahli Parlimennya yang rapat dengan bekas Timbalan Presiden, Dauk Seri Hamzah Zainudin, selama dua penggal berkuatkuasa serta merta

Ahli Parlimen yang digantung ialah Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hashim Abdul Aziz; Datuk Khalib Abdullah (Rompin); Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (Lumut); Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Khlir Mohd. Nor (Ketereh).

Tindakan itu diambil atas alasan melanggar perlembagaan parti dan kod etika serta tatakelakuan ahli.

Turut dikenakan tindakan penggantungan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd. Zain.

Selain itu, Bersatu turut memutuskan untuk memecat keahlian ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab. Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis atas alasan sama serta merta.

Berdasarkan surat bertarikh hari ini (8 Mei) yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd. Radzi Manan, tindakan menggantung dan memecat keahlian ahli-ahli terbabit dibuat di bawah Fasal 22.5.

Pemimpin parti yang digantung keahliannya mengakibatkan segala jawatan dipegang terlucut dan mereka tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.

Bagaimanapun, kesemua mereka diberi peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN