[PARLIMEN] Pelitup muka boleh dibuka ketika berbahas - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Pelitup muka boleh dibuka ketika berbahas

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen boleh membuka pelitup muka ketika berbahas.

Memaklumkan perkara itu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ini kerana tiada seorang pun yang direkodkan bergejala Covid-19 sepanjang persidangan dijalankan.

“Sepanjang persidangan kita kali ini alhamdulillah dengan ujian Antigen Tindak balas berangkai polimerase (PCR) yang dijalankan, tidak seorang pun didapati positif dari perkarangan Parlimen sepanjang persidangan ini.

“Berdasarkan penilaian risiko sebegitu, maka Kementerian Kesihatan berpandangan pelitup muka ketika perbahasan di dalam Dewan rakyat dibenarkan untuk dibuka. Tapi ahli yang berhormat diingatkan untuk memakai semula dengan kadar segera selepas setiap kali berucap,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli parlimen dan pegawai yang terlibat diwajibkan untuk membuat ujian pengesanan Covid-19 setiap hari Isnin dan Rabu di Parlimen. – UTUSAN  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN