[PARLIMEN] Antivaksin: Malaysia masih ada ruang berbincang - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Antivaksin: Malaysia masih ada ruang berbincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia belum sampai satu tahap seperti negara lain untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 kepada setiap individu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, beberapa pendekatan masih boleh dilakukan seperti perbincangan dan kesedaran terhadap mereka tentang jangkitan kritikal fasa tiga dan empat sehingga terpaksa dihantar ke bahagian unit rawatan rapi (ICU).

“Kita belum mewajibkan, macam Kanada mereka ada undang-undang (mewajibkan vaksin) kerana rakyat mereka terlalu terdedah dan kumpulan antivaksin terang-terangan. Malaysia sebenarnya masih ada ruang untuk berbincang, contohnya dengan Orang Asli. Kita bincang dengan Tok Batin dan akhirnya mereka terima, jadi di Malaysia boleh dicapai (vaksin) tanpa paksaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mohamad Sabu (Amanah-Kota Raja) yang meminta tentang usaha kerajaan mendekati golongan antivaksin seperti doktor, professor dan agamawan yang mempunyai pengaruh ramai sehingga menyebabkan pengikut mereka turut enggan mengambil vaksin.

Jelas Latiff, golongan itu perlu sedar  mereka tidak dapat menikmati kehidupan sama seperti masyarakat lain yang kini dibenarkan untuk melancong dan makan di luar.

Ini termasuk hampir 3,000 penjawat awam yang sehingga kini belum divaksin sekali gus menjadi pertikaian beberapa pihak.

“Sebanyak 98.18 peratus kakitangan awam  meneterima vaksin lengkap, maknanya 1.92 peratus dari 1.6 juta kakitangan awam yang belum divaksin. Justeru, suntikan vaksin Covid ini masih berjalan dan dibuat secara sukarela termasuk kakitangan perkhidmatan awam.

“Jika kerajaan ingin mewajibkan dan memastikan 1.6 juta disuntik, maka ia perlukan beberapa syarat peraturan supaya perkara ini dapat dilakukan dengan cara berhemah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya