GSF sambung misi ke Gaza hari ini - Utusan Malaysia

GSF sambung misi ke Gaza hari ini

SERAMAI 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai GSF 2.0 diculik di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka meneruskan pelayaran ke Gaza esok selepas kerja pembaikan sistem komunikasi dan enjin beberapa kapal selesai dilaksanakan.

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) berkata, kapal-kapal itu kini berada di perairan sekitar Greece dan Turkiye bagi hentian teknikal sementara.

Menurut SNCC, keadaan laut bergelora di laluan operasi turut mempengaruhi pergerakan semasa flotilla.

“Hentian teknikal ini hanyalah bersifat sementara dan tidak melibatkan sebarang pendaratan aktivis ke daratan.

“Kapal-kapal GSF dijangka akan meneruskan semula pelayaran menuju ke Gaza pada 17 Mei selepas semua persiapan operasi selesai dilaksanakan,” katanya.

SNCC turut menegaskan, semua maklumat berkaitan misi perlu berpandukan sumber sahih dan berautoriti bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat.

Menurutnya, orang ramai boleh merujuk portal rasmi tanya.sumudnusantara.com untuk sebarang pertanyaan berkaitan misi dan Palestin.

Pada masa sama, SNCC menyeru rakyat Malaysia menggandakan usaha menyebarkan fakta sahih, menangkis propaganda rejim Israel serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media.

SNCC turut mengajak rakyat Malaysia meneruskan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat demi keselamatan seluruh delegasi misi serta kejayaan usaha pembebasan Gaza.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN