[PARLIMEN] 83 % pelajar IPT terima dos lengkap vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] 83 % pelajar IPT terima dos lengkap vaksin Covid-19

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 83 peratus penuntut institut pengajian tinggi (IPT) telah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, peratusan itu adalah setakat 1 Oktober lalu, sementara seramai 117,721 individu atau 90 peratus kakitangan IPT pula menerima dua dos lengkap vaksin.

“Kita ada 1.15 juta pelajar (IPT). Apabila pelajar mula memasuki kampus secara berperingkat 15 Oktober ini, mereka akan disaring dengan kit ujian kendiri untuk memantau dan mengekang penularan wabak walaupun sudah menerima dos lengkap. Saringan akan dibuat secara berkala,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) meminta kerajaan menjelaskan tentang perkembangan program vaksinasi khususnya dalam kalangan mahasiswa serta strategi mengekang penularan Covid-19 di IPT.

Mengulas lanjut, Noraini menegaskan, IPT tidak adakan ditutup jika terdapat kes Covid-19, sebaliknya menangguhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar untuk sementara.

“Untuk mengurangkan risiko jangkitan sekiranya ada, pelajar kontak rapat, kita akan letakkan di pusat pengasingan atau kuarantin yang disediakan di IPT berkenaan.

“Operasi (universiti) tidak akan ditutup. Aktiviti bersemuka akan ditangguh. Jadi ada dua cara pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu satu bersemuka dan dalam talian serta hibrid.

“Kalau sekiranya IPT merekodkan kes jangkitan lebih serius, penutupan institusi akan dipertimbangkan berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN