Pandora Paper: Perdana Menteri Czech guna syarikat pesisir beli istana RM74 juta

Pandora Paper: Perdana Menteri Czech guna syarikat pesisir beli istana RM74 juta

Andrej Babis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Republik Czech, Andrej Babis, menggunakan syarikat pesisir untuk membeli rumah agam bernilai kira-kira RM74 juta di selatan Perancis.

Pendedahan melalui Pandora Paper menunjukkan Babis mempunyai beberapa syarikat di luar negara dan beliau adalah orang kedua terkaya dengan nilai bersih sekitar RM15 bilion termasuk yang diuruskan secara rahsia melalui akaun pesisir.

Perincian mengenai pengaturan rahsia luar pesisir yang dibuat oleh perdana menteri republik itu didedahkan Pandora Paper yang merupakan data terbesar di luar negara yang bocor.

Dokumen yang dibocorkan telah dikongsi oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa dengan Guardian, BBC dan media lain di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN