Pahang tawar lebih 3,000 peluang pekerjaan menerusi Karnival Penjana Kerjaya - Utusan Malaysia

Pahang tawar lebih 3,000 peluang pekerjaan menerusi Karnival Penjana Kerjaya

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) menerima replika cek penerima faedah Perkeso Negeri Pahang daripada Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, John Riba Marin (kanan) dan turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain (kiri) pada majlis perasmian Program Penjana Kerjaya peringkat negeri Pahang di Wisma Perkeso di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyediakan sehingga 3,800 peluang pekerjaan menerusi kira-kira 20 majikan yang berdaftar dalam pelbagai sektor.

Peluang itu ditawarkan melalui Karnival Penjana Kerjaya secara dalam talian yang bermula hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi memastikan program tersebut dapat diakses terutama bagi mereka yang berada di luar bandar, kerajaan negeri menyediakan peruntukan tambahan untuk menjayakannya. 

Menurutnya, kerajaan negeri menyalurkan bantuan sebanyak RM30,000 kepada Perkeso Pahang untuk disalurkan ke Pusat Internet Komuniti (PIK) terpilih.

“Program julung kali diadakan ini boleh diakses melalui pautan https://bit.ly/KarnivalKerjayaMelaluiPIK2021 untuk mendaftar. 

“Melalui program ini juga, kita harap seramai 737 individu di Pahang yang kehilangan kerja sejak awal tahun ini, dapat merebut peluang menyertai program yang kita lancarkan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penjana Kerjaya Negeri Pahang di Wisma Perkeso, di sini hari ini. 

Wan Rosdy berkata, sekitar Mac lalu, statistik terkini merekodkan jumlah rakyat Pahang yang kehilangan pekerjaan adalah tertinggi iaitu 111 kes. 

“Tiga sektor dengan jumlah kehilangan pekerjaan tertinggi ialah pembuatan, pemborongan dan peruncitan dan sektor penginapan serta makanan dan minuman. 

“Jadi, dengan jumlah jawatan kosong ditawarkan melalui program ini dan berdasarkan statistik jumlah mereka yang didaftarkan sebagai hilang pekerjaan, kita harap semua pihak mengambil peluang ini untuk mencari kerja bersesuaian dengan kebolehan mereka,” katanya. 

Sementara itu, Wan Rosdy turut menjelaskan bahawa kerajaan perlu memberikan perhatian kepada proses pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya