Orang belakang pun lapar - Utusan Malaysia

Orang belakang pun lapar

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kelakar pun ada bila Poklip dengar keluhan seorang rakan wartawan ini. Kisahnya berlaku ketika dia menghadiri majlis pelancaran sebuah konsert baru-baru ini. Ramai juga yang hadir katanya.

Apatah lagi, bila kelonggaran untuk mengadakan majlis kecil dilaksana, maka ramai penganjur mengambil peluang untuk bertemu semula rakan-rakan media. Sudah hampir dua tahun kan tidak bersua.

Cerita kawan Poklip, usai sahaja gimik pelancaran, mereka semua duduk setempat untuk menyelesaikan kerja sebagai wartawan. Selalunya begitulah. Jarang ada wartawan yang habis sahaja majlis, terus bangkit cari makanan.

Tetapi malangnya, selepas selesai kerja, makanan yang dijamu sudah habis. Rupa-rupanya, ‘tetamu’ yang merupakan kakitangan penganjur sudah berbaris dahulu. Mungkin lapar sangat kot.

Isu ini tidaklah besar mana, cuma kelakarlah. Mungkin penganjur sudah lama tidak mengadakan majlis, jadi pengiraan makanan yang dihidang juga tidak tepat. Malah, yang tidak diraikan makan dahulu.

Kita tak fikir sangat tentang rakan media, tetapi tetamu dalam kalangan artis dan jemputan lain pun lihat sahaja bekas makanan yang tinggal sisa. Aduh, kalau Poklip jadi penganjur, malu tahu tak.

Kita fikir positif, mungkin kakitangan penganjur pun sedang kelaparan. Mungkin mereka tidak makan sejak pagi. Sementelah, program tersebut bermula lambat jadi mungkin perut juga sudah bergema laparnya.

Tetapi ingat sedikit orang belakang. Mereka pun lapar juga tau. Poklip tanya juga, habis wartawan yang lain makan atau tidak. Jawab rakan Poklip;

“Eh tak kuasalah, bukan kita tidak bergaji. Jadi kami makan sahaja di kedai berdekatan. Senang, tak payah ‘rengse’ sangat,” ngomelnya.

Tapi Poklip sempat mengusik; “Kalau tak ‘rengse’, tak mengadu tau.” Katanya dia sekadar berkongsi cerita kelakar, bukan mengadu nasib. Gitu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya