Norhizam cari PACABA, mahu bertanding Bebas? - Utusan Malaysia

Norhizam cari PACABA, mahu bertanding Bebas?

NORHIZAM HASSAN BAKTEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang sudahpun ditolak sebagai calon Pakatan Harapan (PH) oleh Majlis Presiden, kini dikatakan sedang melakukan persediaan untuk berentap atas tiket Bebas.

Khabar angin itu timbul selepas Norhizam yang turut dikenali dengan nama YB (Yang Berhormat) Viral memuat naik kenyataan di laman sosial Facebooknya, sedang mencari PACABA.

PACABA adalah singkatan daripada perkataan ejen mengundi (PA), ejen pengira (CA) dan ejen barong (BA).

Kebiasaannya, calon yang bertanding Bebas dalam mana-mana pilihan raya perlu menyediakan sendiri ketiga-tiga wakil tersebut.

“Kami memerlukan PACABA, latihan disediakan,” katanya.

Dalam pada itu, Norhizam ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta para pengamal media bersabar menunggu pengumuman yang bakal dibuat olehnya.

“Sabar dahulu,” balasnya ringkas.

Terdahulu, Majlis Presiden PH membuat keputusan bahawa Norhizam tidak akan dijadikan sebagai calon PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau.

Dalam wawancara khas bersama Utusan Malaysia sebelum ini, bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu pernah menyatakan keyakinan boleh menang di kerusi disandangnya, meskipun atas tiket Bebas.

Jelasnya, ini kerana beliau telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Pengkalan Batu terutama semasa rakyat terhimpit semasa era pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya