Nikmat rentas negeri, SOP terus jaga - Norman Hakim - Utusan Malaysia

Nikmat rentas negeri, SOP terus jaga – Norman Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Norman Hakim meluahkan rasa lega apabila kini sudah dapat merentas negeri tanpa perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, tegasnya, prosedur operasi standard (SOP) jangan diabaikan dan berharap keadaan ini berterusan.

“Nikmat dapat merentas negeri. Tidak perlu lagi beratur panjang dekat balai polis minta kebenaran. Harap keadaan macam ini terus kekal. Yang penting kita terus sama-sama jaga SOP.

“Sambil-sambil lepas rindu dekat keramat hidup saya, hari ini ada tugasan penting kena bawa ayah uruskan hal. Sudah lama tertangguh sejak pandemik dan status Perintah Kawal Pergerakan (PKP) yang pelbagai.

“Kuantan sejuk saja hari ini sebab mendung dan hujan. Semoga dipermudahkan urusan kita semua,” ujarnya di Instagram.

Sementara itu di Instastory, Norman turut berkongsi keadaan lalu lintas dari ibu kota menuju masuk ke Pantai Timur selepas Gombak.

Menerusi perkongsi hantaran di Instastory, dapat juga dilihat keadaan sesak dari arah Pantai Timur ke Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya