Newcastle terus berduka - Utusan Malaysia

Newcastle terus berduka

Son Heung Min meranapkan impian Newcastle selepas meledak jaringan ketiga buat Tottenham di St. James Park.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Newcastle tewas 2-3 dalam perlawanan pertama kepada Tottenham di St.James Park selepas pemilikan baharu menerusi dana kekayaan Arab Saudi.

Kekalahan itu masih meletakkan Magpies dalam zon penyingkiran tanpa sebarang kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Harapan peminat skuad itu begitu tinggi selepas impak besar daripada suntikan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi untuk mengubah nasib Newcastle di gelanggang.

Gabenornya, Yassir Al-Rumayyan diberikan sambutan wira oleh 55,000 peminat selepas dia diperkenalkan sebelum sepak mula perlawanan.

Suasana luar biasa pada perlawanan itu dengan permulaan sempurna bagi skuad tuan rumah apabila Callum Wilson menanduk masuk gol berpunca hantaran silang Javier Manquillo dua minit selepas perlawanan bermula.

Tanguy Ndombele mengejutkan tuan rumah menerusi gol penyamaan pada minit ke-17 selepas menerima hantaran Sergio Reguilon untuk mencetus kebangkitan Tottenham.

Harry Kane kemudiannya menamatkan kemarau jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas berjaya menjaringkan gol namun dia pada awalnya dikatakan berada pada kedudukan ofsaid tetap VAR membenarkan jaringan itu.

Son Heung-Min menambah jaringan ketiga Spurs sebelum waktu rehat perlawanan selepas menerima hantaran Kane.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya