Mayat bayi perempuan ditemukan dalam longgokan sampah - Utusan Malaysia

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam longgokan sampah

MAYAT seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan ditemukan bersama-sama longgokan sampah di dalam tong sampah di kawasan Flat B4 Taman Bagan, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan ditemukan bersama-sama longgokan sampah di dalam tong sampah di kawasan Flat B4 Taman Bagan, di sini hari ini.

Mayat bayi yang dibalut dengan sehelai kain itu ditemukan seorang penduduk bersama dua lelaki warga Myanmar yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah di kawasan flat tersebut kira-kira pukul 9.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, sepasukan polis ke lokasi penemuan mayat bayi tersebut sebaik sahaja menerima laporan sebelum mendapati mayat bayi berkenaan berada di dalam longgokan sampah. 

“Siasatan lanjut kini sedang dijalankan untuk mengesan ibu serta pihak yang membuang mayat tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Tambah beliau, polis dengan bantuan penduduk setempat juga sedang mencari penduduk di sekeliling yang dalam pantang selepas bersalin atau yang diketahui hamil bagi membantu siasatan kes itu. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya