YAR sumbang kerusi roda, peralatan hospital

YAR sumbang kerusi roda, peralatan hospital

SEBANYAK 30 kerusi roda disumbangkan Yayasan Ar-Riduwan untuk kegunaan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di Kulai, Johor bagi memenuhi keperluan pesakit di sana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 30 kerusi roda disumbangkan Yayasan Ar-Riduwan untuk kegunaan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di Kulai, Johor bagi memenuhi keperluan pesakit di sana.

Ketua Pegawai Operasi YAR, Luqmanul Hakim Muhamad Riduwan berkata, sumbangan keseluruhan yang berjumlah RM30,000 itu merupakan kali keempat disalurkan kepada HTSMTI selepas fasa pertama bermula Ogos tahun lalu.

Katanya, yayasan yang berdaftar Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri itu turut memberi sumbangan kerusi roda, bantuan turut melibatkan peralatan katil, almari, loker dan kelengkapan perabot berjumlah RM60,000 kepada hospital berkenaan.

“Tujuan utama sumbangan itu bagi membantu pihak hospital menggantikan peralatan yang telah rosak serta menampung peningkatan keperluan pesakit yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Inisiatif sumbangan dilaksanakan di bawah Kluster Kebajikan Kesihatan YAR baru-baru ini di mana bantuan sedemikian akan diteruskan secara berterusan.

“Malah, pihak YAR sedang dalam perancangan untuk menyalurkan sumbangan lain kepada hospital berkenaan termasuk penyediaan penghawa dingin serta urusan pembelian ambulans bagi kegunaan HTSMTI,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, antara sumbangan yang pernah disalurkan oleh YAR adalah pemberian 10 kotak lampin pakai buang untuk Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar serta sumbangan katil kepada seorang individu bagi kegunaan anaknya yang terlibat dalam kemalangan.

Sepanjang Ramadan lalu, YAR turut mengagihkan sebanyak 8,000 bungkusan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program Sumbangan Bubur Lambuk.

Program itu dilaksanakan menerusi dua fasa dengan memberi fokus kepada petugas kesihatan, pesakit serta waris yang berada di sekitar hospital termasuk balai polis terpilih.

Mengulas lanjut, Luqmanul Hakim berkata, YAR berharap agar sumbangan yang disalurkan dapat membantu pesakit-pesakit asnaf serta hospital-hospital terpilih setiap tahu di samping meringankan beban mereka yang benar memerlukan.

Jelas beliau, perancangan YAR selepas ini adalah untuk meluaskan lagi gerak kerja kebajikan kesihatan ke negeri-negeri lain di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN