fbpx

23 Oktober 2021, 10:32 am

  TERKINI

Malaysia ke suku akhir Piala Thomas

CHEAM June Wei menghadiahkan mata kedua negara ketika Malaysia menewaskan Kanada 5-0 dalam saingan Piala Thomas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengesahkan slot suku akhir Piala Thomas selepas menewaskan Kanada 5-0 di Aarhus, awal pagi tadi.

Perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia menghadiahkan mata pertama dengan menewaskan Brian Yang 21-18, 21-13 dalam perlawanan pembukaan.

Zii Jia berkata, matalamat utamanya dalam perlawanan itu adalah untuk menghadiahkan mata buat negara selain mengekalkan reputasinya sebagi 10 pemain terbaik dunia.

“Dalam perlawanan itu, saya memaksa dia melakukan kesilapan untuk meraih kemenangan.

“Memang Brian seorang pemain bagus dengan kemahiran melakukan serangan dan mampu bermain defensif,” katanya.

Mata kedua negara hadir menerusi Cheam June Wei selepas menewaskann Jason Anthony Ho-Sue 21-14, 21-14, dalam masa 40 minit.

Ng Tze Yong menjamin kemenangan negara dalam penampilan pertamanya dengan menewaskann B.R. Sankeerth 21-7, 21-19.

Beregu lelaki Soh Wooi Yik-Nur Izzuddin Rumsani menghadiahkan mata keempat apabila mudah mengatasi Philippe Charron-Maxime Tetreault 21-7, 21-10.

Dalam perlawanan terkahir, Aaron Chia-Goh Sze Fei menjamin kemenangan mutlak negara dengan menewaskan Sankeerth-Nyl Yakura 21-14, 21-13.

POPULAR

KOSMO! TERKINI