Malaysia jumpa Indonesia di suku akhir - Utusan Malaysia

Malaysia jumpa Indonesia di suku akhir

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dijadual bertemu juara 13 kali, Indonesia di suku akhir Piala Thomas, esok.

Skuad negara muncul naib juara kumpulan selepas tewas kepada Jepun 1-4 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, kapten pasukan Lee Zii Jia dan pemenang pingat gangsa sukan Olimpik Tokyo gagal menyumbangkan sebarang mata.

Turut gagal menyumbang mata ialah perseorangan kedua negara, Cheam June Wei dan pasangan beregu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani manakala mata saguhati negara disumbangkan bekas juara remaja Asia, Leong Jun Hao.

Jepun dijadual bertemu Korea Selatan manakala tuan rumah, Denmark akan bertemu India dalam satu lagi perlawanan.

Juara 10 kali, China akan bertemu Thailand bagi merebut slot ke saingan empat pasukan terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya