Malaysia bakal perkasa rawatan tradisional, komplementari

Malaysia bakal perkasa rawatan tradisional, komplementari

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sedia membangunkan potensi perubatan tradisional dan komplementari (T&CM) tempatan yang akan dipandu peraturan selia dan polisi nasional.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ia selaras usaha Malaysia yang memperakui langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memaksimumkan lagi potensi rawatan T&CM.

“Malaysia juga ingin ambil peluang ini merakamkan penghargaan kepada WHO kerana beri sokongan kepada negara anggota yang mengangkat tinggi imej profesion T&CM,” jelasnya.

Teks ucapan beliau melalui slot Agenda Bilangan 12 bertajuk T&CM pada Mesyuarat Sesi Ke-72 Jawatankuasa Serantau Pasifik Barat WHO di Himeji, Jepun hari ini, diterbitkan di sini.

Badan dunia di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu memperakui T&CM menerusi Pelan Strategi 2014-2023 yang dikeluarkan pada 2013 dan diperakui 170 negara setakat ini.

Namun, hanya separuh daripada 194 negara anggota PBB memiliki dasar nasional mengenai T&CM manakala 124 negara sudah menggubal peraturan kawal selia perubatan alternatif itu.

Ini termasuk Malaysia yang telah mempunyai dan mewartakan Akta T&CM 2016 atau Akta 775 bagi memantau pengamal bidang itu secara berfasa melalui pembentukan Majlis T&CM.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, Malaysia ada peluang terbaik pengamalan T&CM kerana kaya dengan masyarakat majmuk yang pelbagai ketamadunan dan pengetahuan tradisi silam.

“Antara pengajaran yang kita belajar daripada kesan wabak Covid-19 ialah ada kerencaman sistem kesihatan beraneka dan beralih kepada proses kesinambungan penjagaan,” jelasnya.

Senario itu ujarnya, berbeza sebelum ini yang lebih kepada penjagaan kesihatan secara binari iaitu sama ada anda sihat atau sakit, kepada isu pencegahan dan kecergasan berpanjangan.

Justeru katanya, T&CM memberi sumbangan amat penting terutama apabila semakin ramai individu mulai cakna mengambil berat tahap kesihatan diri sendiri sebelum ditimpa penyakit.

Pada masa sama, Malaysia menyeru dunia memberi tumpuan perubatan komplemen atau saling melengkapi seperti penderiaan, terapi muzik atau adunan khidmat kesihatan bersekutu.

Kerencaman terapi alternatif itu jelas Khairy, bukan sahaja mengekalkan kesihatan sepanjang hayat, malahan merupakan kaedah intervensi penting untuk penjagaan pemulihan individu.

“Malaysia turut berterusan melakukan kesepaduan T&CM pada semua tahap perkhidmatan kesihatan agar ia sentiasa mudah diperoleh dan berkemampuan untuk dinikmati,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.