MAINS bantu lima beranak terpaksa tidur dalam MPV - Utusan Malaysia

MAINS bantu lima beranak terpaksa tidur dalam MPV

PEGAWAI MAINS bertemu Muhammad Mujahid bagi menguruskan bantuan selepas mengetahui dia dan keluarganya terpaksa tinggal di dalam sebuah MPV selepas terpaksa keluar dari rumah sewa yang didiami sebelum ini. - IHSAN MAINS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengambil tindakan segera membantu lima beranak yang dilaporkan terpaksa tidur di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), di Bukit Chedang semalam.

Ia susulan keluarga tersebut hilang tempat berteduh selepas terpaksa keluar dari rumah yang disewa mereka dan kemudian menjadikan MPV tersebut sebagai tempat tidur walaupun dalam keadaan tidak selesa.

MAINS menerusi kenyataan di akaun Facebook memaklumkan, ketua keluarga tersebut, Muhammad Mujahid Mohd. Kamal Jalani, 32, dan isterinya, Sayidah Suhaila Mohd. Shukri, 28, telah empat tahun bermastautin di negeri ini.

Mereka dikurniakan tujuh cahaya mata namun difahamkan, tiga anak mereka yang berumur tujuh, lapan dan sembilan tahun ditempatkan di sebuah asrama kebajikan manakala seorang berusia lima tahun dijaga oleh ahli keluarga.

“Tiga orang lagi yang berumur setahun dan tiga  tahun termasuk bayi berusia 3 bulan tinggal bersama mereka. Muhammad Mujahid mempunyai masalah kesihatan slipped disc manakala isterinya mempunyai penyakit asma kronik. 

“Permasalahan ini sedikit sebanyak mengganggu usaha pasangan ini dalam mencari dan meneruskan pekerjaan. Bertindak atas maklumat, MAINS telah turun menziarah di sebuah lokasi di Bukit Chedang petang semalam bagi membantu menguruskan bantuan-bantuan yang diperlukan,” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, katanya kenyataan tersebut lagi, melalui amanah zakat MAINS, keluarga berkenaan akan dibantu dengan penempatan rumah sewa baharu beserta bayaran deposit, bantuan kewangan kecemasan serta barangan dapur. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya