Luka berdarah tetap tinggalkan parut - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Luka berdarah tetap tinggalkan parut – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Terpanggil untuk melontarkan pandangan peribadi setelah mengaku menerima banyak mesej di ruangan Instagram, penyanyi dan selebriti media sosial, Datuk Fazley Yaakob menegur beberapa perkara mengenai isu penularan kontroversi sebuah rakaman program televisyen baru-baru ini.

Menurut Fazley, dia tidak berniat mahu membuka aib yang telah sememangnya tersebar, tetapi fokusnya agar semua pihak sama-sama menilai dan menjadikan isu tersebut sebagai pengajaran.

“Buat produksi,sering kali program sebegini melibatkan proses raptai, rakaman live dan suntingan. Adakah pihak produksi yang bersalah? Mungkin ya. Namun tidak boleh di letakkan 100% kesalahan.

“Kerana seringkali berlaku, apa yang di perkatakan ketika rakaman live di luar kawalan produksi, walaupun tetamu atau artis telah diingatkan berkali-kali.Buat pihak pengacara, adakalanya ‘banter’ atau perbualan balas berlaku secara spontan apabila mendapat reaksi tetamu dan hadirin yang menonton.

“Bila dah teruja, sudah tentu akal menjadi pendek dan hati menjadi seronok. Maka apa yang dibualkan langsung tidak mengambil kira sensitiviti semasa. Bak kata orang bila dah teruja, masing-masing terlajak bicara,”katanya.

Fazley berkata demikian menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya semalam bagi mengulas mengenai isu tersebut yang tular beberapa hari ini di media sosial.

Selain itu, Fazley turut melahirkan rasa kecewa khususnya terhadap rakan artis yang terbabit menerusi program tersebut.

“#Shameonyou! Macam-macam tafsiran yang kalian boleh buat berdasarkan kata-kata ini. Mana mungkin seorang ayah dan seorang suami begitu mudah memperkatakan perihal rogol dengan begitu selamba dan dijadikan modal perbualan.

“Di mana akal, di mana rasa hormat pada seorang wanita dan rakan artis? Di mana rasa malu apabila anak-anak menonton? Permohonan maaf telah pun di buat, namun makin ramai yang tak puas hati dengan permohonan maaf tersebut. Agak-agak mengapa?

“Pendirian saya? Luka yang berdarah tetap meninggalkan parut. Memaafkan tak bermakna akan melupakan,”katanya.

Dalam pada itu, Fazley meminta agar netizen juga menjaga sikap masing-masing sebagai pengguna media sosial dan jangan terus menghukum mereka yang terbabit.

Menurut Fazley, dia percaya individu yang diperkatakan telah menerima segala cemuhan dan kecaman dan yakin setiap mereka sudah sedar akan kesilapan tersebut dan tak mungkin akan mengulanginya lagi.

“Tak usah diserang isterinya , tak usah dihina keluarganya. Jadilah netizen yang menegur secara konstruktif dan bukan dengan meletakkan garam pada luka yang sedang berdarah.

“Akhir kata, rogol tidak boleh dibuat permainan bicara dan babak rogol bukan untuk keseronokan sendiri. Wallahualam,”katanya.

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial sedutan rakaman program televisyen yang menghimpunkan beberapa hero filem Melayu yang berkongsikan pengalaman mereka sepanjang bergelar pelakon.

Bagaimanapun, ia bertukar kontroversi apabila pelakon Fauzi Nawawi berkongsi tentang lakonannya ketika menjayakan babak panas bersama pelakon Raja Farah menerusi satu babak rogol dalam filem Anak Halal yang ditayangkan pada tahun 2007.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya