Lelaki rompak kedai emas ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki rompak kedai emas ditahan

KAMARUL ZAMAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah masuk kedai emas di Kompleks Sri Putra, Seberang Jalan Putra, di sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil risikan dan siasatan, suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan pada hari  sama pada pukul 6.45 petang di Jalan Raja di sini.

Menurutnya, tangkapan suspek turut membawa kepada rampasan pelbagai barang kes seperti 16 utas rantai tangan dan kaki warna perak dan kuning keemasan serta 52 cincin pelbagai bentuk dan warna.

“Selain itu, turut dirampas 65 rantai leher warna perak dan hitam, 15 rantai ‘bangle’, satu bekas plastik mengandungi 25 set batu cincin, seutas gelang tangan Jade dan sebuah beg warna biru gelap.

“Hasil semakan juga mendapati suspek memiliki 17 rekod kesalahan lampau di atas pelbagai kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, nilai rampasan masih dalam siasatan dan suspek direman bermula hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya